Saturday, February 28, 2009

Buat tatapan umum .

Setelah sekian lame aku x menulis kat sini , hari ni aku muncul balik . Tapi hari ni special sikit pasal aku ade kisah yg nk dikongsi dengan korang semua . So , thanks for those yg sudi bace entri aku kali ni okey ? :)

----------------------------------------------------------------------------------

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri."

Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisamengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satuopis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri."Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh .....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauhni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kitakahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAHkau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri."Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri."Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetushati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri."Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengahberehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untukmembuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yangkritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu dioperation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abangpanggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG ituseketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaianuntuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cumamenumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasamemberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat namaemak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruhtubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiapperlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf"bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...
YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yangmengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju kearah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

Friday, February 6, 2009

Nothing special poon .

As the title goes , mmg nothing special pun post kali ni . Sje je post sbb tgh taktau nk wt hape . He he

Okayy , netball match baru je tamat harini . LEGA SIOD ! ha-ha convent under18 menang tempat ke3 . Okey la tu , drpd xde number lgsg . Hee
Huuurm , sedar tak sedar dh seminggu aku tak gi skolah . Isnin lepas , aku tak gi sbb demam . Then slase cuti sbb Jubli Perak . Rabu , khamis & jumaat [hari ni] plak , netball . And the worst part is , mesti byk gila plajaran yg aku ttinggal T___T ! Hu-hu bencik ! bencik !

Thursday, January 22, 2009

Bizi semedangg .

Huurm , skang ni rutin harian aku cm peee je . Mmg penat gila ah . Satu badan dh mule sesengal , saket2 dohh . Bangun pagi , siap , smyg , gi skola , balek kul 4.30pm cuz ade training netball . If hari isnin , aku ade tusyen kul 5.30-7.30 pm . Hari slase pulak dr kul 5.30-7.30pm , 8.00-10.00pm . And hari rabu , mcm hari isnin . Bermakne , aku balek skola kul 4.30 , smpai rumah dlm kul 4.45pm , aku trus mkn , mandi , asar then straight away pegi tusyen . Bile mase yg aku nk rehatnye ? OMG ! Mcm nk mati pun ade . Haha sometimes nk jumpe parents pun payah . Hu-hu . Penaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttttttttt !

Thursday, January 15, 2009

Bizi dan busy .


Adooih , sejak dh start skola balek ni , aku maken xde mase nk rehat . Huu , penat gila uhh !

Belum start kokurikulum lg ni . Kalo dh start nty , lagi lah . Kne handle itu , handle ini . Naseb tahun ni aku x pegang jwtn setiausaha lg . Fuuh~ lega ! Kalo x , dgn reportnye nk kne hand up , tu la ni la . Ishh , semak idop jea .

Cikgu2x lak , bukan nk paham keadaan para plajar die . Ade stengah cikgu tu , pentingkan diri sendiri je tau . Bg keje byk2x , then nk kite hantar time wktu die jugak . Wahh , banyak cekadak die ! Bile kite x hantar , bising . Ingat dlm sehari kite kt skolah tu , keje die je kite ade . At least , give us some time . Sehari pun jd la . Bukannye kiterg mintak mase seminggu nk siapkn keje die tu . Tu pun kedukut !

Tp naseb baek ade stengah cikgu yg jenis leh dibawak bebincang . Bagus la jugak . Takde la menggelabah semacam je aku tgok . Nak study pun , senang skit hati . Bru leh focus . Kalo x , hmm , hagham ! Dok pikirkn keje yg x siap , lgsg xleh focus ape yg ckgu ajr kt depan . Sape yg susah , org mcm aku jugak . Huhu T____T

Monday, January 5, 2009

First day skolah , dah itu , dah ini..

Hahha ! Tu la ayat feveret cikgu2x aku bile masuk klas aku tadik . Haiyaa , lepak ah cikgu . Tau la first day skolah . Tp tayah ar ckp bebyk kali . Hekhek . Anywayy , hari ni best . *Best ke ? Boleh laaaa ;D haha

First of all , aku syukuuuuur gila babi ah pasal guru kelas aku this year tak seperti yg diberitahu tahun lepas . Hahha , ailebiu la Pn. Mashitah . Dy mmg sempoi aar . Last year , we were told that guru kelas kiterg this year , Pn. Jackie yg mcm singa betina tu . Hahha , aku tak tipu wehh . Mmg dia mcm singa . Aku gan wanie slalu jd mangsa dy . Sbb tu aku gan wanie dh betobat tahun ni nk jd baek . Kononnye bole proove to her yg kitorg ni x mcm yg dia sngkekan la . Tp , at last doa aku dimakbulkan doee , nk dpt guru kelas laen . Hehe , syukur alhamdulillah ;))

Td kitorg satu klas dh pickout sape yg jd ketua tingkatan ape semua . Ade ke wanie pegi jerit name aku bile cikgu tanye sape nk jd AJK Pendidikan Islam ? WAKAKA . Mcm mimpi jea . Siod betol . Then cikgu selamberk , maen bubuh je name aku . Haha , lantak ah . Ape aku tau , nnty aku dpt markah sbb ade jawatan . Eventhough , cume AJK Pendidikan Islam ! Aiyaiyaii lgpun , jadi AJK P.i ni bukannye ade keje sngt puuun . Hehe

Then , lepas dh setel tu semua , cikgu nk ubah tmpt duduk kiterg pulak . Ubah punye ubah , last2x aku jea yg xde tmpt duduk lg . Dah la dicampak kesane , kemari , semua tak kene di hati cikgu . Cikgu ckp aku ni suke sembang . Ade ke patot ! Haha , aku cume terlebih friendly jea ;D Dlm hati aku , "cikgu campak la saye kt mane pun , saye leh hidup la cikgu" . Neraka je xleh . huhu T__T *takot doe Last2x , lepas 3 , 4 kali berubah tempat , aku dpt tempat kekal . Sebenanye cikgu tu nk jauhkan aku dengan wanie . Takot kami sembang . Padahal , last2x aku dpt tempat dekat gan wanie jugak . Selang sorang manusia je kowtt . Ahaha cikgu , cikguu..

Wednesday, December 31, 2008

Farewell and Goodbye..




Yeahh , pejam celik pejam celik celik pejam besok dah masuk tahun baru . 2009 beb ! Aku pulak dh 7bebebebelas tahun *gagap sikit . Grr , seram sejuk jugak ler bile dipikirkan balek . Tp nak uat cmne . Nak taknak , kene jugak trime hakikat .
For some people , 2008 may be their luck year , and may be their 'not-so-luck' year . Utk aku , 2008 ni lebih kurang je cm tahun2x lepas . Perbezaannye tak byk . And , aku rase tak pyh la aku listkn peristiwa2x yg jadi kt tahun ni .
Let bygones be bygones .
Heww , ckp psl tahun baru ni . Mlm ni aku taktau la same ade fmily aku nk bwk kuar gi celebrate or tak . Kalo mcm tahun lepas , kitorg dok umah , sambut depan tv jea . Aku pulak , dh tido dh time org countdown . Hahha , terok sungguh ! Tp smlm aku ade jugak curik2x dengar mak aku sembg , katenye nak bwk gi Lumut . Papehal , tgok je la mlm ni . Sebenarnye aku mls nk ekot sbb aku x suke pegi tmpt yg ramai org , sesak doe !

Aku ingat 2009 ni aku nak buat perubahan sikit . Chewahh , tiap2 tahun ckp cmni , padahal same jek ! Wakaka ;DD

Tak tak . Kali ni , aku serious . Nak berubah . Nak jugak , nak jugak , nak jugak .

Sbgai permulaan , ahad lepas aku dh kemas bilik aku . Bukan calang2x kemas tau ! Siap vacuum , buang semua benda yg tak perlu and byk jugak la yg aku buat . Aku ade snapped a few pictures of before and after bilik aku . Nnty aku publish-kan those pictures kt sini .

As for 2009 , I guess I have to improve much on my studies yg dah banyak aku abaikn slme ni . Buku2x nota yg tak penah aku wujudkn mase aku form4 ni , kene la aku wujudkn kali ni . Habit 'bengang gila babi kat cikgu tu' & 'jom hangout weh' , aku kene la buang jauh2 . Oh and , online pun aku kene kurangkan . Bukan slalu nak sacrifice cmni . Kan ? Tp aku taktau la nape aku x sbr2x plak nak amek SPM . Maybe nak cpt habes skolah kot ? Haha

Okayy la . Ape2x pun , wish ya'll a happy new year , and good luck for those yg amek PMR and SPM sesi 2009.


Farewell 2008 .

Saturday, December 20, 2008

Surveyayy !

What is on your bed right now?
pillows , comforter and my earphones .

When was the last time you threw up?
x hengat .

What's your favorite word or phrase?
i love you forever plus a day .

Name 3 people who made you smile today?
yet , nobody .

What were you doing at 8 am this morning?
bukak kilang taik mata .

What were you doing 30 minutes ago?
online .

What is your favorite holiday?
school holiday ! yay !

Have you ever been to another country?
yes .

What is the last thing you said aloud?
" adikkk ! "

What is the best ice cream flavor?
vanillaaaaaaaaaaa .

What was the last thing you had to drink?
dahaga nak mati .

What are you wearing right now?
black tee with a pair of jeans .

What was the last thing you ate?
buah pear .

Have you bought any new clothing items this week?
nope .

When was the last time you ran?
yesterday , 19th dec .

What's the last sporting event you watched?
none .

If you could go anywhere in the world, where would you go?
heaven ;D

Who is the last person you sent a comment/message on myspace?
my beshtie , cikgunakal .

Ever go camping?
yeah .

Do you have a tan?
i dont think so .

Have you ever lost anything down a toilet?
taik . haha ;]]

What is your guilty pleasure?
heh ?

Do you use smiley faces on the computer alot?
yes .

Do you drink your soda from a straw?
sometimes .

What did your last text message say?
" yea . huu , cmne ekh . kk nty aku tye sara " -wanie

Are you someone's best friend?
maybe ?

What are you doing tomorrow?
hangout kt ipoh and overnight kt mcd

Where is your mom right now?
kt umah kot .

Look to your left, what do you see?
a table , an office chair and some files .

What color is your watch?
x suke pakai jam laaar .

What do you think of when you think of Australia?
koala bear :D

Ever ridden on a roller coaster?
yeah .

What is your birthstone?
opal or tourmaline .

Do you go in at a fast food place or just hit the drive tthru?
both .

Do you have any friends on myspace that you actually hate?
ye kot . hehe

Do you have a dog?
nooooo .

Last person you talked to on the phone?
waniee .

Any plans today?
lepak padang je .

Are you happy?
currently not .

Where are you right now?
my mum's office .

Biggest annoyance in your life right now?
ader la .

Last song listened to?
bila nak saksi - spider

Last movie you saw?
jalan kelam .

Are you allergic to anything?
once .

Favorite pair of shoes you wear all the time?
my vans selipar .

Are you jealous of anyone?
ye kot . hehe

Are you married?
nope .

Is anyone jealous of you?
idk .

Do any of your friends have children?
yes , but she's not my "friend"

Do you eat healthy?
idk .

What do you usually do during the day?
pegi office , tlg wt keje sikit , online .

Do you hate anyone right now?
tak koooot

Do you use the word 'hello' daily?
nope .

How many kids do you want when you're older?
depends .

How old will you be turning on your next birthday?
7teen .

Have you ever been to Six Flags?
ape tuh ? haha

How did u get one of your scars?
ciuman si pacat .

Friday, December 19, 2008

Cak cak caaaakk..



Last night , I went to cinema . Ayh aku drop aku gan adik2x aku kt ctu , die tlg blikan tiket , then pandai2x kiterg lerr . Hehee
Adik2x aku yg beriye nk gi cinema sebena nye . Dari hari Selasa die ajk parents aku gi but parents aku ckp " besok la " . Besoknye , hari Rabu , x jd jugak . Almaklumlah , org bru balek keje , mesti la penat .
Mule2x aku malas nak ikot pasal nak tgok Rona Roni Makaroni kt Astro Ria kul 9 . But at last , lepas bapak aku pujuk , suh jagekan adik2x aku , aku pun pegi la . Slalunye kiterg pegi 1 fmily but mlm td ade org dtg umah then urut mak aku , so kiterg 3 bradik je la pegi . Eh lupe lak . Bibik aku pun follow skali . Hehee
Kiterg tgok show pukul 9.20 , cerite Cicakman 2 : Planet Hitam . Overall , boleh tahan la cerite ni . Best jugak . Tau2x la kan , kalo dh Saiful Apek yg jd hero nye , mmg tak kering ar gusi kau .
Most of the parts dlm citer ni , byk gune greenscreen and computer . Mmg menakjubkan jugak lah . Tp plg aku suke dlm cicakman 2 ni , motorbike si Rrama lakonan Tamara Bleszynski . Perghh , mmg sematt gila !
Pelakon2x dlm citer ni pun sumer best2x especially Sharifah Amani ! Haha watak die walaupun kecik je sebnanye , tp menonjol jugak ah sebab die buta . Ade skali tu aku bace kt newspaper , Amani ni diberikan kebebasan membentuk watak die sendiri dlm cerita ni . So , cerdik jugak lah die sbb pilih utk jd sorg yg buta . Hehe
Ape2x hal , good job Yusry ! 4 out of 5 lah dudee .
Cak cak caaaaak~ ;D

Thursday, December 18, 2008

I'm done with it..

Hari ni diteruskan mcm biase . Takde beza pun bg aku .

Disebabkan satu ayat , SUMPAH aku takde mood-

"Semua salah awak"

Aku pun ade hati . Ade perasaan . Dah la . Takmau ckp byk .

Hope satu hari kau sedar :/

Tuesday, December 16, 2008

Dreaaaaaams , dreaaams and dreaams !

Kalo korg nak tau , aku masih takde cita2x yg kekal . Tak caye ? Camni . Sejak aku kecik , aku mmg suke tukar2x cita2x sbb mase tu aku pikir ' alaaahh , benda ni x pntg sgt pun . ' Haha gile kan ? Dlm kad 01 aku kt skolah tu pun , kalo korg tgok , tiap2x tahun betukar2x cita2x . Sampaikn bile cikgu bg balik kad tu suruh check , aku akan tepinga2x , ' sejak bile lakk la aku nak jd benda alah ni ? ' Hahaha . Bile diingat balik mmg kelakar gila ;DD Tapi bile umor makin meningkat ni , aku bru sedar , semua tu penting .

Terus terang aku ckp , aku ni mmg jenis tak kesah . Nak jd ape pun , jd lah . Aslkn dwet yg aku dpt , dr sumber yg halal and aku buleh tanggung hidup aku dr ape yg aku wt tu . Huurm , but , the truth is i'm more into arts , designing and photographying . But my mom pulak , die nk push aku into business management becausee mybe die nk aku manage business die ni one day . Argkkh . Sumpah tak minat doww . Tapi , lepas die tau ape yg aku minat , die ckp , lepas habis study nnty , cri experience keje gan die dulu , then bru die lepas aku untuk keje sendiri . Okeyy , for that , mybe aku akan pertimbangkan .
Penah jugak aku tepikir untuk wat 2 , 3 keje dlm 1 mse . Maksud aku , contohnye if aku jd interior designer , dlm mse yg sme , aku jd photographer . Spe tau aku leh bejaya . Weeehuh ! Tp..... tgok la dlu ! hehehee
Ape2xpun , kite merancang , Tuhan menentukan . Andd ape yg ditentukan , kite kne terima dgn redha . Kan ? ;]]